Bank Soalan



SOALAN TAUHID

  1. Apakah pengertian mukjizat?
  2. Berikan 2 contoh-contoh mukjizat.
  3. Senaraikan 3 tujuan mukjizat yang Allah berikan kepada para Rasul
  4. mukjizat ada 2 jenis.Namakan 2 jenis mukjizat tersebut.
  5. Berapakah malaikat yang wajib diketahui?
  6. Malaikat diciptakan dari _____________
  7. Apakah tugas malaikat israfil?

SOALAN AKHLAK

  1. Berikan 3 kepentingan sifat sabar
  2. Apakah antara ciri-ciri orang yang sabar?
  3. Terdapat banyak kelebihan orang bersabar, sebutkan 2 yang anda ketahui.
  4. Berikan 3 contoh Nabi-nabi yang bersabar?
  5. sebutkan adab-adab ketika masuk ke dalam masjid?
  6. Semasa azan, kita mestilah mendiamkan _____________.


SOALAN FEQAH
  1. Rukun Islam terdiri daripada _____ perkara.
  2. Rukun Islam yang ketiga ialah ___________.
  3. Apakah hukum solat fardu ke atsa setiap muslim ?
  4. Apakah yang dimaksudkan dengan tayamum?
  5. Atara syarat-syarat tayamum ialah ___________________.
  6. Tayamum hanya menggunakan ___________.
  7. Senaraikan 2 perkara yang membatalkan tayamum?

Mari Belajar Bersama !

Cerita Kecil



BURUNG GAGAK & SEBUAH KENDI




Pada suatu musim yang sangat kering, di mana saat itu burung-burung pun sangat sulit untuk mendapatkan sedikit air untuk di minum, seekor burung gagak menemui sebuah kendi yang berisi sedikit air. tetapi kendi tersebut merupakan sebuah kendi yang tinggi dengan leher kendi yang sempit. bagaimanapun burung gagak tersebut berusaha untuk mencuba meminum air yang berada di dalam kendi, dia tetap tidak dapat mencapainya. burung gagak tersebut hampir merasa putus asa dan merasa akan meninggal kerana kehausan.

kemudian tiba-tiba sebuah idea muncul dalam benaknya. dia lalu mengambil kerikil yang ada di samping kendi kemudian menjatuhkannya di dalam kendi satu persatu. setiap kali burung gagak itu memasukkan kerikil ke dalam kendi itu, permukaan air dalam kendi itu pun beransur-ansur naik dan bertambah tinggi hingga akhirnya air tersebut dapat di capai oleh burung gagak itu.




Walaupun sedikit, pengetahuan boleh membuatkan kita menolong diri kita di saat yang tepat.  

Tayamum



PENGERTIAN TAYAMUM
Tayamum ialah pengganti wudhuk dengan menggunakan debu kerana tidak memperolehi air


SUNAT-SUNAT TAYAMUM :
  • Membaca بسم الله الرحمن الرحيم
  • Mengadap kiblat
  • Mendahulukan anggota kanan.
  • Menipskan debu 

PERINGATAN :
 Tayamum digunakan untuk satu solat fardhu sahaja meskipun belum batal.


SYARAT-SYARAT TAYAMUM :
  • Tiada air setelah usaha dijalankan
  • Mendatangkan bahaya jika menggunakan air
  • Telah masuk waktu solat
  • Menggunakan debu yang suci dan bersih

PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMUM
  • Segala yang membatalkan wudhuk
  • Melihat air sebelum solat kecuali bagi orang yang bertayamum kerana sakit
  • Murtad





Contoh Debu


Rukun Islam







Rukun Islam ada 5 perkara iaitu :

1. Mengucap 2 kalimah syahadah
2. Sembahyang 5 waktu
3. Berpuasa pada bulan ramadhan 
4. Menunaikan zakat
5. Mengerjakan haji

Tahukah Kamu?



BERAPA BANYAK TULANG YANG KITA ADA?
Bayi yang baru lahir mempunyai 270 tulang.beberapa tulang akan bergabung menjadi satu saat kita mulai dewasadan saat itu, tulang yang dimiliki oleh orang dewasa menjadi 206.pada bahagian pusat, terdapat 74 tulang termasuk 26 tulang punggung, 22 pada bahagian tengkorak, dan 25 pada bahagian-bahagian yang disebut rusuk. tangan dan kaki memiliki 126 tulang, 62 di kaki dan 64 di tangan.telinga kita sendiri juga mempunyai 6 tulang.

MENGAPA LANGIT BERWARNA BIRU?
Atmosfera bumi mengandungi molekul gas kecil dan partikel (butiran) debu.sinar matahari yang memasuki atmosfera tersebut bertemu dengan molekul gas dan partikel debu tadi.warna sinar yang memiliki gelombang sinar lebih panjang seperti merah dan kuning, dapat melewati dan menembus molekul gas dan debu tadi.tetapi warna biru yang memiliki gelombang sinar lebih pendek dipantulkan kembali ke atas atmosfera.itulah mengapa lahit terlihat berwarna biru.prinsip yang sama juga berlaku dengan air di laut atau danau yang terlihat berwarna biru.

BAGAIMANA PELANGI TERBENTUK?
Pelangi terbentuk karena pembiasan sinar matahari oleh tetesan air yang ada di atmosfir. Ketika sinar matahari melalui tetesan air, cahaya tersebut dibengkokkan sedemikian rupa sehingga membuat warna-warna yang ada pada cahaya tersebut terpisah. Tiap warna dibelokkan pada sudut yang berbeda, dan warna merah adalah warna yang paling terakhir dibengkokkan, sedangkan ungu adalah yang paling pertama. Fenomena ini yang kita lihat sebagai pelangi.

Adab Ke Masjid




MASJID selaku rumah Allah SWT adalah tempat paling suci di sisi Allah SWT. Kita mesti menjaga dan menghormati kesucian dan meletakkan penghormatan yang maksimum. Ia juga berfungsi untuk mengembangkan syiar Islam dalam melaksanakan perintah dakwah kepada agama Allah SWT, selain majlis ilmu. Ia juga adalah tempat mencari ketenangan di samping malaikat yang sentiasa memberi naungan ke atas majlis ilmu.
Sabda Rasul SAW bermaksud: “Tidaklah sesuatu kaum berkumpul di rumah Allah SWT dengan berzikir dan menuntut ilmu melainkan dilimpahkan kepada mereka rahmat dan naungan Malaikat”.(Al Hadis).

ANTARA PERKARA YANG BOLEH MENAMBAHKAN KEBAJIKAN PAHALA KETIKA DI MASJID IALAH :
- Solat berjemaah yang boleh mengikat hati sesama orang yang beriman dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT.
- Memperbanyakkan program sosial di masjid dengan mengumpulkan penduduk sekitarnya.
- Memelihara solat Tahiyyatul Masjid iaitu solat dua rakaat bagi menghormati masjid.
- Menjaga tatatertib keluar masuk masjid..
- Memelihara saf ketika menunaikan solat dengan merapatkan bahu di antara jemaah bagi mengeratkan ukhuwah.
- Mengekalkan kebersihan dan kecantikan masjid dalam menciptakan suasana solat yang lebih khusyuk.

ADAB-ADAB DI DALAM MASJID
Berangkat ke masjid
- Mulai dengan kaki kanan
- Berjalan dengan tenan dan tidak tergesa-gesa
- Doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju ke masjid "Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikan lah aku cahaya".

Adab masuk ke masjid
Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu".
Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekiranya tiada orang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih".
Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid )

Adab dalam masjid
- duduk mengadap qiblat
- Berdoa semoga Allah membuka pintu Rahmat-Nya
- Sentiasa menyabut nama Allah
- Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia
- Jauhi dari menghina Islam
- Berzikir dengan suara perlahan

Adab ketika mendengar azan 
- Berdiam diri
- Menjawab seruan azan
- Berdoa setelah selesai azan
- Ditambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan.
- Kerjakan solat sunat Rawatib

Adab keluar masjid
- Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.
- Berniat untuk datang kembali
- Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk".
- Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.

MASJID YANG PALING MULIA DALAM ISLAM :
Masjid paling mulia di sisi Allah di dalam Islam ialah Masjid Al-Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sabda Rasullullah s.a.w : 
" Sebaik-baik kamu hendak musafir ialah ke masjidku ini ( Masjid Madinah ), Masjid Al-Haram ( Mekah ) dan masjid Al-Aqsa ( Baitul Maqdis ) "

Sifat Sabar



A.    PENGERTIAN SABAR 
Sabar berasal dari bahasa Arab (صَبَرَ)

Dalam pendekatan ilmu Feqah, sabar didefinisikan sebagai tabah, yakni dapat menahan diri dari melakukan hal-hal yang bertentangan dengan hukum Islam, baik dalam keadaan lapang mahupun sulit, mampu mengendalikan nafsu yang dapat menggoncangkan iman. Menurut Ibnu Qayyim sabar bererti menahan diri dari keluh kesah dan rasa benci, menahan lisan dari mengadu, dan menahan anggota badan dari tindakan yang mengganggu dan mengacaukan.

Definisi sabar menurut Al-Quran surah Ali’Imran ayat 146-147 yang ertinya : “Dan berapa banyaknya Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa, meraka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain ucapan “Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tolonglah kami terhadap kaum kafir”. Orang yang sabar menurut ayat tersebut adalah yang apabila ditimpa musibah tidak menjadi lemah, lesu dan menyerah dengan keadaan yang tersepit, bahkan ketika ditimpa musibah, orang yang sabar berdoa memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa dan tindakan-tindakan yang melampaui batas-batas hukum yang telah ditetapkan Allah SWT.

Sabar menurut Ibnu Katsir ada 3 keadaan : Pertama, sabar dalam meninggalkan hal yang diharamkan dan dosa. Kedua, sabar dalam melakukan kekuatan dan kedekatan kepada Allah. Kesabaran yang kedua adalah yang paling besar pahalanya sebab sabar ini memiliki nilai yang hakiki. Ketiga, iaitu sabar dalam menghadapi berbagai bencana dan petaka. Ketika mendapat bencana ia tidak berkeluh kesah, tetapi memohon ampun.

Ibnu Qayyim al-Jauziah memberi motivasi sabar dalam tiga keadaan , sabar dengan pertolongan Allah, sabar kerana Allah, dan sabar bersama Allah. Sebagaimana Firman Allah :
وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلاَّبِالله
Ertinya : “Bersabarlah, dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah”. (al-Nahl, ayat 127)


KEPENTINGAN SABAR
  • mengandungi nilai yang tinggi dan mulia di sisi agama dan budi pekerti.
  • sifat yang mesti bagi mengangkat darjat agama dan akhlak diri sendiri.
  • agama tidak akan mencapai kemenangan dan dunia tidak akan aman serta cita-cita tidak akan terhasil tanpa sifat sabar.
BATAS-BATAS KESABARAN
  • sabar dengan ujian dunia
  • sabar dengan ajakan nafsu
  • sabar mentaati Allah S.W.T
  • sabar menghadapi kesukaran dalam berdakwah ke jalan Allah
  • sabar dalam perhubungan sesama manusia
CIRI-CIRI ORANG SABAR
  • tidak emosi
  • tidak marah
  • selalu senyum
  • bersyukur dengan segala yang berlaku
  • redha ketentuan Illahi
  • yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya
KELEBIHAN ORANG BERSABAR

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat islam

2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah mempunyai latihan yang berterusan.

3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.

4. Orang yang bayak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-sobirrun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.

5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.

6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah Taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai ke akhirat.



CONTOH NABI YANG SABAR DALAM AL-QURAN
  • Nabi Ayub A.S
  • Nabi Yaakub A.S
  • Nabi Yusuf A.S
  • Nabui Ismail A.S
  • Nabi Ibrahim A.S
  • Nabi Nuh A.S
  • Nabi Isa A.S
  • Nabi Musa A.S
  • Nabi Muhammad S.A.W

Malaikat



Malaikat ialah makhluk Allah yang diciptakan daripada cahaya. Malaikat tidak sama seperti makhluk biasa kerana malaikat itu ghaib tetapi kita wajib mempercayainya.
Malaikat tidak sama seperti manusia. Malaikat bukan lelaki atau perempuan, tidak bersuami atau beristeri, tidak berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur, tidak makan dan tidak minum dan boleh menyerupai bermacam-macam rupa dengan izin Allah.


Firma Allah Taala yang bermaksud : "Rasul (Muhammad) telah beriman kepada apa yang diturunkan kepada nya (Al-Quran) dari Tuhannya, demikian pula orang-orang yang beriman.Semua beriman kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya.(Mereka berkata) "kami tidak membeda-bedakan seorang pun dari Rasulnya .Dan mereka berkata "Kami dengar dan taat.Ampunilah kami Ya Tuhan kami dan kepada Mu tempat kami kembali". (Al-Baqarah : 285)


Malaikat yang wajib diketahui bersama tugas-tugasnya :


-Malaikat Jibril adalah penghulu kepada semua malaikat. Tugasnya menyampaikan wahyu yang diterima daripada Allah kepada para Nabi dan Rasul.
-Malaikat Mikail bertugas membawa rezeki dan nikmat. Rezeki yang kita nikmati seperti makan, minum, angin, hujan dan udara.
-Malaikat Izrail ditugaskan mengambil nyawa segala makhluk
-Malaikat Israfil ditugaskan meniup sangkakala.
-Malaikat Raqib ditugaskan mencatat segala amalan kebajikan.
-Malaikat Atid ditugaskan mencatat segala amalan kejahatan.
-Malaikat Munkar ditugaskan menyoal mayat di dalam kubur.
-Malaikat Nakir ditugaskan menyoal mayat di dalam kubur.
-Malaikat Ridhuwan menjaga syurga.
-Malaikat Malik menjaga neraka.


Dialog Murid 

Azmi     : Akmal, awak ingat tak jumlah malaikat yang wajib diketahui serta tugasnya?
Akmal   : Jumlahnya ada 10. Antaranya Jibril, Mikali, Izrail, Israfil, Raqib, Atid, Munkar, Nakir, Ridhuwan   dan Malik.
Azmi     : Saya rasa kita patut mengingati nama-nama malaikat ini sepanjang masa.
Akmal   : Sangat baik cadangan awak tetapi bagaimana kalau ada kawan-kawan kita yang tidak beriman kepada malaikat?
Azmi     : Boleh menjejaskan iman kerana beriman dengan malaikat adalah salah satu daripada Rukun Iman.




Pengertian Mukjizat, Tujuan & Bahagiannya



Mukjizat (معجزة) ialah perkara luar biasa dan hanya berlaku kepada Rasul. Antara contoh mukjizat ialah pokok kurma dan batu memberi salam, awan mengiringi dan melindungi Baginda dalam perjalanan ke Syam untuk berniaga bersama bapa saudaranya Abu Talib, Nabi Ibrahim dibakar tetapi tidak terjejas, Nabi Isa mengubati orang sakit sopak dan sebagainya.


Tujuan Allah mengurniakan mukjzat kepada para Rasul ialah untuk


  1. Membuktikan kebenaran para Rasul
  2. Menguatkan ajaran yang dibawa
  3. Melemahkan dan menghalangkan musuh yang menentang
  4. Untuk menarik minat orang ramai yang kurang tajam akal fikirannya, supaya mempercayai kenabian dan kerasulan seseorang pesuruh Allah.
  5. Untuk menghindarkan orang ramai daripada mendapat dakyah-dakyah nabi palsu yang cuba mengaku dirinya sebagai Nabi atau Rasul.
  6. Untuk menolong Rasul-Rasul menjalankan tugas dengan sempurna, berhadapan dengan penentang dan musuh islam.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah S.A.W bersabda "Tiap-tiap Nabi telah diberi oleh Allah S.W.T berbagai-bagai mukjizat yang dapat menarik kaumnya beriman dan saya hanya diberi Allah mukjizat Al-Quran dan dengan itu saya mengharap bawalah pengikut yang banyak di Hari Kiamat kelak".



Allah S.W.T mengurniakan 2 jenis Mukjizat iaitu :


Mukjizat Hissi iaitu mukjizat yang dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera. Contohnya pokok kurma memberi salam kepada Rasulullah.


Mukjizat Maknawi ialah mukjizat yang dapat difahami dengan akal. Contohnya Al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur

~ Adab Berguru ~



GURU ialah insan yang berperanan memberi pendidikan kepada anak-anak dan masyarakat. Guru bertanggungjawab membentuk generasi yang beriman, berilmu pengetahuan ,berketerampilan dan berakhlak mulia. Dialah cahaya penyuluh ketika kegelapan dan ketika haluan menjadi sukar.

Adab-adab mulia ketika berguru:
1.Memberi salam apabila bertemu
2.Bercakap menggunakan bahasa yang sopan
3.Manis muka menerima teguran dan nasihat guru
4.Membuat kerja yang disuruh dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh
5.Menegur atau bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah
6.Mendoakan kebaikan dan kebajikannnya
7.Mengeratkan silaturahim walaupun telah tamat pengajian
8.Menziarahi guru ketika berkelapangan / di hari perayaan
9.Menghormati guru sepanjang masa
10.Mengucap terima kasih kepada guru apabila memperolehi kejayaan

Hikmah apabila beradab dengan guru:
1. Ilmu yang dipelajari diberkati Allah
2. Membentuk peribadi dan akhlak mulia
3. Memperolehi kejayaan dunia dan akhirat
4. Mudah mengingati dan memahami pengajaran guru
5. Ilmu yang dipelajari akan berkekalan dan diamalkan
6. Sentiasa terdorong mengamalkan sifat terpuji
7. Minda cerdas dan pantas
8. Terlindung daripada perkara terkeji

Adab-adab terpuji berguru mengikut Imam Al Ghazali :
1. Apabila bertemu dengan guru hendaklah memberi salam.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap sebelum guru bertanya.
4. Jangan bertanya sebelum meminta izin dan dizinkan.
5. Jangan menyangkal (tunjuk rasa tidak puas hati) terhadap guru.
6. Jangan mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapatnya.
7. Jangan berbisik dengan rakan di sebelah ketika guru mengajar.
8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan (bermain) di hadapan guru.
9. Jangan bertanya banyak soalan kepada guru ketika guru letih.
10.Apabila guru berdiri hendaklah kita berdiri sebagai menghormatinya.
11.Jangan mengikuti guru dengan pelbagai pertanyaan setelah guru 
meninggalkan majlis.
12.Jangan bertanyakan guru di tengah perjalanan sehingga dia sampai
ke rumahnya atau ke tempat duduknya.
13.Jangan bersikap buruk sangka terhadap pekerjaan guru.

Imam Al-Syafie pernah mengungkap:

•“Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesungguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya.” 


Antara hak guru yang perlu ditunaikan oleh murid-murid adalah :

1. Merendah diri terhadap guru.

2. Memandang guru dengan penuh hormat dan meyakini bahawa keperibadian mereka adalah lebih sempurna.

3. Panggillah guru dengan gelaran mulia sebagai tanda menghormati mereka.

4. Mengiktiraf hak guru terhadap diri kita.

5. Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.

6. Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.

7. Meminta izin guru sebelum memasuki kelas, rumah atau tempat yang khusus seperti bilik guru.

8. Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.

9. Tidak mengemukakan pertanyaan bagi sesuatu masalah yang telah pun diketahui jawapannya.

10. Tidak meninggal majlis pengajaran guru sebelum waktunya kecuali uzur syar'i.

Tanpa guru siapalah kita.....walau sedikit ilmu yang kita terima namun mereka tetap guru kita.

10 Wasiat Imam Shafie Kepada Umat Islam



10 PESANAN IMAM SHAFIE

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya. Pesanan Imam Shafie yang patut dihayati dan diikuti oleh umat Islam ialah: ” Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara: 

1.Hak kepada diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
A2.Hak kepada malaikat maut: mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang di zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH 

3.Hak kepada kubur: membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.

4.Hak kepada Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5.Hak kepada mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6.Hak kepada sirat(titian yang merintangi neraka pada hari kiamat): membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7.Hak kepada Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8.Hak kepada Ridhzuan(malaikat penjaga syurga): merasa redha kepada qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dari melakukan maksiat. 

9.Hak kepada Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH. 

10.Hak kepede ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.