Tujuan Allah mengurniakan mukjzat kepada para Rasul ialah untuk
- Membuktikan kebenaran para Rasul
- Menguatkan ajaran yang dibawa
- Melemahkan dan menghalangkan musuh yang menentang
- Untuk menarik minat orang ramai yang kurang tajam akal fikirannya, supaya mempercayai kenabian dan kerasulan seseorang pesuruh Allah.
- Untuk menghindarkan orang ramai daripada mendapat dakyah-dakyah nabi palsu yang cuba mengaku dirinya sebagai Nabi atau Rasul.
- Untuk menolong Rasul-Rasul menjalankan tugas dengan sempurna, berhadapan dengan penentang dan musuh islam.
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah S.A.W bersabda "Tiap-tiap Nabi telah diberi oleh Allah S.W.T berbagai-bagai mukjizat yang dapat menarik kaumnya beriman dan saya hanya diberi Allah mukjizat Al-Quran dan dengan itu saya mengharap bawalah pengikut yang banyak di Hari Kiamat kelak".
Allah S.W.T mengurniakan 2 jenis Mukjizat iaitu :
Mukjizat Hissi iaitu mukjizat yang dapat dilihat dan dirasai oleh pancaindera. Contohnya pokok kurma memberi salam kepada Rasulullah.
Mukjizat Maknawi ialah mukjizat yang dapat difahami dengan akal. Contohnya Al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur
mkasih buat tipsnya ..
BalasPadambagus.nya
BalasPadambagus.nya
BalasPadamHatur Nuhun.
BalasPadammakasih info
BalasPadamterima kasih buat infonya...:)
BalasPadam