MASJID selaku rumah Allah SWT adalah tempat paling suci di sisi Allah SWT. Kita mesti menjaga dan menghormati kesucian dan meletakkan penghormatan yang maksimum. Ia juga berfungsi untuk mengembangkan syiar Islam dalam melaksanakan perintah dakwah kepada agama Allah SWT, selain majlis ilmu. Ia juga adalah tempat mencari ketenangan di samping malaikat yang sentiasa memberi naungan ke atas majlis ilmu.
Sabda Rasul SAW bermaksud: “Tidaklah sesuatu kaum berkumpul di rumah Allah SWT dengan berzikir dan menuntut ilmu melainkan dilimpahkan kepada mereka rahmat dan naungan Malaikat”.(Al Hadis).

ANTARA PERKARA YANG BOLEH MENAMBAHKAN KEBAJIKAN PAHALA KETIKA DI MASJID IALAH :
- Solat berjemaah yang boleh mengikat hati sesama orang yang beriman dan menguatkan hubungan dengan Allah SWT.
- Memperbanyakkan program sosial di masjid dengan mengumpulkan penduduk sekitarnya.
- Memelihara solat Tahiyyatul Masjid iaitu solat dua rakaat bagi menghormati masjid.
- Menjaga tatatertib keluar masuk masjid..
- Memelihara saf ketika menunaikan solat dengan merapatkan bahu di antara jemaah bagi mengeratkan ukhuwah.
- Mengekalkan kebersihan dan kecantikan masjid dalam menciptakan suasana solat yang lebih khusyuk.

ADAB-ADAB DI DALAM MASJID
Berangkat ke masjid
- Mulai dengan kaki kanan
- Berjalan dengan tenan dan tidak tergesa-gesa
- Doa Nabi ketika dalam perjalanan menuju ke masjid "Ya Allah jadikanlah dalam hatiku cahaya dan lidahku cahaya dan jadikanlah pada pendengaranku cahaya dan penglihatanku cahaya dan jadikanlah di belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di bawahku cahaya, Ya Allah berikan lah aku cahaya".

Adab masuk ke masjid
Membuka kasut dan masuk dengan mendahulukan kaki kanan. Ketika masuk masjid, Rasululah mengajar kita membaca doa " Ya Allah, bukakanlah untukku pintu RahmatMu".
Memberi salam kepada sesiapa yang berada didalam masjid, sekiranya tiada orang dalam masjid tersebut maka ucapkanlah: " Selamat keatas kami dan atas hamba Allah yang solih".
Mengerjakan solat sunnah Tahiyatul Masjid ( Menghormati Masjid )

Adab dalam masjid
- duduk mengadap qiblat
- Berdoa semoga Allah membuka pintu Rahmat-Nya
- Sentiasa menyabut nama Allah
- Menghentikan percakapan tentang hal-hal dunia
- Jauhi dari menghina Islam
- Berzikir dengan suara perlahan

Adab ketika mendengar azan 
- Berdiam diri
- Menjawab seruan azan
- Berdoa setelah selesai azan
- Ditambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan.
- Kerjakan solat sunat Rawatib

Adab keluar masjid
- Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.
- Berniat untuk datang kembali
- Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk".
- Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.

MASJID YANG PALING MULIA DALAM ISLAM :
Masjid paling mulia di sisi Allah di dalam Islam ialah Masjid Al-Haram di Mekah, Masjid An-Nabawi di Madinah dan Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Sabda Rasullullah s.a.w : 
" Sebaik-baik kamu hendak musafir ialah ke masjidku ini ( Masjid Madinah ), Masjid Al-Haram ( Mekah ) dan masjid Al-Aqsa ( Baitul Maqdis ) "