A.    PENGERTIAN SABAR 
Sabar berasal dari bahasa Arab (صَبَرَ)

Dalam pendekatan ilmu Feqah, sabar didefinisikan sebagai tabah, yakni dapat menahan diri dari melakukan hal-hal yang bertentangan dengan hukum Islam, baik dalam keadaan lapang mahupun sulit, mampu mengendalikan nafsu yang dapat menggoncangkan iman. Menurut Ibnu Qayyim sabar bererti menahan diri dari keluh kesah dan rasa benci, menahan lisan dari mengadu, dan menahan anggota badan dari tindakan yang mengganggu dan mengacaukan.

Definisi sabar menurut Al-Quran surah Ali’Imran ayat 146-147 yang ertinya : “Dan berapa banyaknya Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa, meraka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak pula menyerah kepada musuh. Allah menyukai orang-orang yang sabar. Tidak ada doa mereka selain ucapan “Ya Tuhan kami ampunilah dosa-dosa tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami, dan tolonglah kami terhadap kaum kafir”. Orang yang sabar menurut ayat tersebut adalah yang apabila ditimpa musibah tidak menjadi lemah, lesu dan menyerah dengan keadaan yang tersepit, bahkan ketika ditimpa musibah, orang yang sabar berdoa memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa dan tindakan-tindakan yang melampaui batas-batas hukum yang telah ditetapkan Allah SWT.

Sabar menurut Ibnu Katsir ada 3 keadaan : Pertama, sabar dalam meninggalkan hal yang diharamkan dan dosa. Kedua, sabar dalam melakukan kekuatan dan kedekatan kepada Allah. Kesabaran yang kedua adalah yang paling besar pahalanya sebab sabar ini memiliki nilai yang hakiki. Ketiga, iaitu sabar dalam menghadapi berbagai bencana dan petaka. Ketika mendapat bencana ia tidak berkeluh kesah, tetapi memohon ampun.

Ibnu Qayyim al-Jauziah memberi motivasi sabar dalam tiga keadaan , sabar dengan pertolongan Allah, sabar kerana Allah, dan sabar bersama Allah. Sebagaimana Firman Allah :
وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلاَّبِالله
Ertinya : “Bersabarlah, dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah”. (al-Nahl, ayat 127)


KEPENTINGAN SABAR
  • mengandungi nilai yang tinggi dan mulia di sisi agama dan budi pekerti.
  • sifat yang mesti bagi mengangkat darjat agama dan akhlak diri sendiri.
  • agama tidak akan mencapai kemenangan dan dunia tidak akan aman serta cita-cita tidak akan terhasil tanpa sifat sabar.
BATAS-BATAS KESABARAN
  • sabar dengan ujian dunia
  • sabar dengan ajakan nafsu
  • sabar mentaati Allah S.W.T
  • sabar menghadapi kesukaran dalam berdakwah ke jalan Allah
  • sabar dalam perhubungan sesama manusia
CIRI-CIRI ORANG SABAR
  • tidak emosi
  • tidak marah
  • selalu senyum
  • bersyukur dengan segala yang berlaku
  • redha ketentuan Illahi
  • yakin setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya
KELEBIHAN ORANG BERSABAR

1. Sabar adalah sifat mulia (mahmudah) yang mesti dimiliki oleh setiap umat islam

2. Untuk memiliki sifat sabar, perlulah mempunyai latihan yang berterusan.

3. Orang yang berusaha melatih dirinya bersabar dan terus bersabar adalah orang yang dikasihi serta dekat dengan Allah SWT. Allah memandangnya dengan pandangan rahmat.

4. Orang yang bayak bersabar dalam membentuk dirinya untuk menjadi seorang penyabar (as-sobirrun), tidak akan disia-siakan Allah. Akhirnya, ia akan ditulis di sisi Allah sebagai hamba yang penyabar.

5. Apabila seseorang memiliki sifat sabar, maka ia telah memiliki kebaikan dan keuntungan yang banyak.

6. Apabila seseorang dianugerahkan sifat sabar, maka ketahuilah bahawa Allah Taala mahu memberikan kepadanya manfaat yang besar lagi luas, berpanjangan dari dunia sampai ke akhirat.



CONTOH NABI YANG SABAR DALAM AL-QURAN
  • Nabi Ayub A.S
  • Nabi Yaakub A.S
  • Nabi Yusuf A.S
  • Nabui Ismail A.S
  • Nabi Ibrahim A.S
  • Nabi Nuh A.S
  • Nabi Isa A.S
  • Nabi Musa A.S
  • Nabi Muhammad S.A.W